
MIRI: Skuad Sarawak united FC III (SU FC III) menang 1-0 menentang kelab handalan dari Bintulu, Peojek Park pada perlawanan persahabatan di Padang Sintetik, KRP Lutong semalam.
Kemenangan tipis anak-anak buah Pengiran Bala itu hasil jaringan Rahimin Roslan pada minit ke-18.
Namun, perlawanan itu dilihat memadai bagi pemain SU FC III untuk meningkatkan persefahaman sesama sendiri.
Pengurus pasukan, Nazry Ahmad Lai berkata tetap berpuas hati di atas komitmen yang diberikan oleh anak-anak buahnya sepanjang perlawanan.
“Perlawanan ini semestinya menjadi pentas terbaik untuk memberi pendedahan kepada mereka (pemain).
“Ia secara tidak langsung turut membuka peluang kepada pemain-pemain menilai serta memperbaiki mutu permainan masing-masing,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.
Menurut Nazry, pemain turut berjaya memperagakan corak permainan yang tersusun sepanjang perlawanan.