Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

SU FC kecundang dalam aksi Derbi Borneo

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KEBAL...Penyerang sensasi SU FC uche Agba (tengah), diasak dua pertahanan Sabah FC

KUCHING: Nasib tidak menyebelahi Sarawak United FC (SU FC) selepas kalah tipis (1-0) dalam aksi Derbi Borneo menentang Sabah FC di Stadium Negeri, semalam.

Jaringan tunggal penalti menerusi penyudah oleh kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-80 sekali gus memuktamadkan tiga mata penuh milik ‘The Rhinos’.

Pengadil perlawanan, Mohd Nafeez Abd Wahab memberikan penalti selepas mendakwa penyerang Sabah, Altemir Cordeiro Pessoa Neto yang rebah di dalam kotak penalti akibat dikasari oleh pertahanan SU FC, Gonzalo Manuel Soto.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang pada 45 minit pertama perlawanan biarpun Sabah FC dilihat sedikit agresif menyerang gawang tuan rumah namun kekebalan pertahanan SU FC mudah menggagalkan beberapa siri percubaan terutama di bahagian sayap.

SU FC kembali bangkit pada babak kedua perlawanan dengan melakukan serangan demi serangan namun nasib tidak menyebelahi skuad kendalian Satiananthan R. Bashkran termasuk satu jaringan tidak disahkan kerana ‘offside’ pada minit terakhir perlawanan.

Keputusan kekal sehingga tamat wisel perlawanan menyaksikan SU FC masih gagal mencari tiga mata penuh pada aksi keempat Liga Super musim ini.

Perlawanan kelima bakal menyaksikan skuad kendalian Satiananthan bertemu dengan Terengganu FC di Stadium Negeri pada 17 April ini.

KEBAL…Penyerang sensasi SU FC uche Agba (tengah), diasak dua pertahanan Sabah FC

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk