ARTIKEL

SU FC sertai Liga M3

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PRESIDEN SU FC…Datuk Posa Majais.

KUCHING: Presiden Sarawak United FC (SU FC), Datuk Posa Majais mengesahkan pasukannya akan menyertai Liga M3 musim ini.

Meskipun, pada masa sama masih belum lagi mengumum barisan kejurulatihan yang akan diberi kepercayaan mengemudi skuad terbabit.

“SU FC akan turut serta dalam Liga M3, cuma belum lagi mengumum barisan kejurulatihan yang akan mengemudi pasukan,” ujar Posa kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Posa, pihaknya dijangka bermesyuarat dalam masa tersekat bagi membincangkan secara terperinci perkara itu.

Justeru, Posa akan melakukan pengumuman hasil keputusan yang diperoleh selepas mesyuarat itu kelak.

Mengenai perlawanan musim ini yang akan berlangsung pada sebelah petang, Posa akui perubahan waktu perlawanan itu tidak menimbulkan masalah kepada pemain.

Saingan Liga M3 bakal berubah wajah apabila dinaik taraf menjadi ‘Semi-Pro’ yang bakal menyaksikan kesemua pasukan berada dalam satu carta liga yang sama dan berentap secara timbal balik.

Malah, format kali ini bukan sahaja memberikan lebih perlawanan untuk setiap pasukan, juga bakal menyajikan saingan yang lebih sengit dan kompetitif.

Sepak mula liga ini akan bermula pada Februari 2023 dengan disertai sebanyak 14 pasukan yang telah mengesahkan penyertaan.

12 pasukan Liga M3 2022 termasuk juara bertahan PIB FC kini sedang bersiap sedia untuk menempuhi cabaran seterusnya, ditambah kemasukan duapencabar baharu iaitu SU FC dan Melaka FC.

BERITA LAIN

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit

BERITA TERBARU

Kerap pantau harga barang

SIBU: Impak kenaikan harga diesel di Semenanjung kemungkinan akan memberi kesan kepada Sabah dan Sarawak. Kebimbangan ini disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit