ARTIKEL

Suami disimbah kopi panas, isteri dihadap ke mahkamah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang wanita tempatan dihadap ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas satu pertuduhan sengaja mencederakan suaminya dengan menyimbah air kopi panas hingga menyebabkan melecur di kediaman mereka di Matang, Mei lalu.

Tertuduh Sharfiza, 41, merupakan seorang suri rumah mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Musli Abdul Hamid.

Mengikut pertuduhan, dia sengaja mencederakan suaminya berusia 47 tahun dengan menyimbah air kopi panas di kediaman mereka di Matang, kira-kira jam 10 pagi, 14 Mei lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.

Semasa sebutan kes, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norshafatihah Nor Azmi menawarkan jaminan RM5,000 berserta seorang penjamin tempatan.

Bagaimanapun, Musli membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 dengan RM2,000 deposit berserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes pada 15 Ogos depan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU