ARTIKEL

Suami isteri maut dalam kemalangan di Jalan Astana

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suami isteri maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Jalan Astana jam 5.50 pagi tadi.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan yang dinaiki oleh Recco Juiem, 34 dan isterinya Salome Michael Abang, 35 secara tiba-tiba memasuki lorong jalan bertentangan menyebabkan pertembungan dengan sebuah kenderaan bergerak lurus dari arah Kuching.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata pihaknya menerima aduan berkaitan kemalangan sekitar 6.45 pagi sebelum menghantar dua pegawai ke tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

“Hasil siasatan mendapati sebuah kenderaan dikatakan bergerak lurus dari kawasan Kuching ke Jalan Astana bertembung dengan sebuah lagi kenderaan jenis Kancil yang secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan.

“Pemandu dan penumpang Kancil yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu bersama dua penumpang dalam sebuah lagi kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke Rumah Mayat Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dilakukan.

Alexson menambah, kes tersebut masih disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bahagian hadapan kenderaan yang dinaiki mangsa hancur dan mengalami kesan remukan teruk

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU