ARTIKEL

Suami isteri maut, lapan cedera dalam kemalangan dua kereta bertembung

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Pasangan suami isteri maut manakala lapan lagi termasuk seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, Gerik-Jeli, semalam.

Tiga kanak-kanak berkenaan berada dalam kereta Proton Persona yang dinaiki pasangan suami isteri itu dan lelaki yang maut dipercayai seorang veteran tentera berusia lingkungan 40-an manakala isterinya berusia 30-an.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata individu yang menaiki kenderaan Toyota Innova terdiri dari seorang lelaki dan empat wanita.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasaan pada jam 12.23 tengah hari dan segera mengerahkan13 anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik ke lokasi kejadian.

“Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Innova dinaiki seorang lelaki dan empat wanita yang bertembung dengan sebuah Proton Persona dinaiki suami isteri yang maut bersama seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

“Setibanya di lokasi mangsa-mangsa sudah pun dikeluarkan dan anggota (bomba) membantu pihak perubatan menguruskan mangsa-mangsa itu.

“Mangsa-mangsa dihantar ke Hospital Gerik menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan, ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM,” katanya. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU