ARTIKEL

Suara Sarawak menang anugerah Premier

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suara Sarawak sekali lagi mencatatkan kejayaan cemerlang apabila membolot sejumlah 26 anugerah pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2025, sekali gus membuktikan konsistensi organisasi ini dalam menghasilkan laporan berkualiti serta berimpak tinggi.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 14 anugerah diperoleh menerusi dominasi dalam kategori bahasa Melayu melibatkan lima emas, dua perak dan enam gangsa, manakala 12 lagi anugerah daripada kategori bahasa Iban yang mendapat empat emas, empat perak dan empat gangsa.

Lebih manis apabila Anugerah Premier Sarawak kategori Bahasa Melayu yang membawa hadiah wang tunai bernilai RM5,000 dimenangi oleh Zarina Abdullah menerusi karya Generasi Merdeka, Generasi Bebas Buli.

Dalam masa yang sama, Timbalan Ketua Wartawan ini turut meraih anugerah emas dalam Anugerah Kewartawanan Rencana Berita, perak bagi Anugerah Kewartawanan Kelestarian serta gangsa dalam Anugerah Laporan Berita.

Wartawan, Syamimi Husna Saji turut muncul antara penyumbang utama kejayaan Suara Sarawak apabila memenangi dua anugerah emas, masing-masing dalam Anugerah Laporan Berita dan Anugerah Laporan Sukan.

Sementara itu, Kalsum Mohammadin mencatat tiga kemenangan merangkumi emas, perak dan gangsa melibatkan Anugerah Kewartawanan Kelestarian, Anugerah Kesejahteraan Komuniti serta Anugerah Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi.

Turut menyumbang kejayaan ialah Prisca Empiang Robin, Nickelyson Lakun dan Siti Nurain Ratani yang masing-masing memperoleh satu anugerah gangsa menerusi Anugerah Kewartawanan Rencana Berita, Anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital dan Anugerah Kesejahteraan Komuniti.

Sementara jurugambar, Mohd Alif Noni yang meraih anugerah emas dan gangsa dalam kategori esei foto menerusi karya bergambar berimpak tinggi.

Dalam kategori Bahasa Iban pula, Isabella Nisa Inchang meraih empat anugerah dengan satu emas, satu perak serta dua gangsa, diikuti Indun Silong yang membawa pulang satu emas, satu perak dan satu gangsa.

Lina Kunjak membolot masing-masing satu emas, perak dan gangsa, manakala Sylvester Riang Anding memenangi satu anugerah emas dan satu gangsa.

Majlis yang disempurnakan oleh Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada malam tadi, secara keseluruhan menerima sejumlah 433 penyertaan melibatkan sebanyak 10 kategori merangkumi bahasa Melayu, bahasa Iban, bahasa Inggeris dan bahasa Cina.

Kejayaan ini sekali gus mengangkat Suara Sarawak sebagai antara organisasi media paling menyerlah pada Anugerah Kewartawanan Kenyalang 2025. Dalam masa yang sama mencerminkan kekuatan kolektif barisan wartawan dalam menghasilkan laporan berkualiti, beretika dan memberi impak besar kepada masyarakat.

Untuk rekod, Suara Sarawak mula beroperasi pada 1 Mac 2019 dan hanya selepas setahun bernafas, pasukan wartawan akhbar ini sudah pun memilih untuk menguji diri dalam gelanggang paling kompetitif di Sarawak, KJA 2020.

Walaupun masih muda, hasilnya segera kelihatan. Dalam penyertaan pertama pada 2020, Suara Sarawak berjaya meraih sejumlah 21 anugerah, meningkat kepada 30 anugerah pada tahun 2021, tahun 2022 bertambah lagi kepada 31, pada 2023 pasukan ini meraih 27 anugerah dan pada tahun lalu mendapat sejumlah 24 anugerah.

BERITA LAIN

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.

Kebebasan beragama perlu disertai tanggungjawab

KUCHING: Kerajaan Sarawak akan terus menghormati dan melindungi kebebasan beragama bagi memastikan rakyat dapat mengamalkan agama masing-masing dalam suasana aman dan harmoni. Premier Datuk Patinggi

BERITA TERBARU

Kompleks UNIFOR lambang keharmonian Sarawak

KUCHING: Kompleks Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di Kuching melambangkan identiti Sarawak yang mengutamakan keharmonian dan sikap saling menghormati dalam membina masa depan negeri.