ARTIKEL

Suara Sarawak rangkul 27 anugerah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

Suara Sarawak merangkul 27 anugerah untuk Anugerah Kewartawanan Kenyalang (KJA) 2023.
Ia menyaksikan sebanyak sembilan anugerah emas, lapan perak dan 10 gangsa diterima dengan habuan RM3,000, RM2,000 dan RM1,000.


Indun Silong memenangi emas kategori laporan berita Bahasa Iban, manakala Sylvester Riang Anding meraih gangsa.


Lina Kunjak pula menang emas ketegori laporan sukan Bahasa Iban dan Sylvester meraih gangsa. Indun menang emas anugerah Kewartawanan Lestari Bahasa Iban, manakala Lina memperoleh gangsa.


Lina turut memenangi perak anugerah Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi Bahasa Iban, manakala Isabella Lisa Inchang meraih perak anugerah Kewartawanan Kesejahteraan komuniti Bahasa Iban.


Sylvester turut memenangi emas anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital Bahasa Iban, manakala Isabella meraih gangsa.


Manakala Dayangku Nor Ekamieza Awang Kamil menang gangsa anugerah Kewartawanan Rencana dan Berita.


Nick Fletcher pula menang emas anugerah Laporan Berita Bahasa Melayu, manakala perak dimenangi Ekamieza dan Gerrald Gilles di tempat ketiga.


Afiezul Samit menang emas kategori laporan Berita Sukan Bahasa Melayu, manakala Awang Shahferi di tempat kedua.


Kalsum Mohammadin pula menang emas anugerah Kewartawanan Lestari, manakala Ekamieza di tempat ketiga.


Awang Rosli Awang Jaya menang anugerah Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi Bahasa Melayu.


Zarina Abdullah dan Nur Hazirah Shukur masing-masing menang perak serta gangsa anugerah Kewartawanan Kesejahteraan Komuniti Bahasa Melayu.


Sementara itu Syamimi Husna Saji menang emas anugerah Kewartawanan Ekonomi Digital Bahasa Melayu, manakala Awang Rosli di tempat kedua.


Mohd Alif Noni pula menang tempat ketiga anugerah Kewartawanan Foto dan tempat kedua anugerah Esei Foto. Wartawan Bahasa Iban turut menyapu bersih kesemua kategori yang dipertandingkan.

TAHNIAH… Para pemenang meraikan kejayaan bersama-sama Datuk Seri Lee Kim Shin.10:32

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU