KUCHING: Suara Sarawak merangkul anugerah utama Ketua Menteri daripada 30 kemenangan yang diraih organisasi itu pada Malam Anugerah Kewartawanan Kenyalang Ke-33 2021 di sini, malam tadi.
Daripada 30 anugerah tersebut, 11 emas berjaya diperoleh, 11 perak dan tujuh gangsa.
Dalam majlis tersebut, Suara Sarawak berjaya membolot enam kategori Anugerah Kewartawanan (rencana dan rencana berita); Anugerah Wartawan Lestari; Kewartawanan Perniagaan dan Ekonomi; Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Luar Bandar; Kewartawanan Digital; dan Anugerah Ketua Menteri untuk kategori Kewartawanan Lestari.
Selain itu, turut merangkul kejuaraan untuk bahasa Iban daripada enam kategori tersebut.
Suara Sarawak memenangi 16 kategori untuk bahasa Melayu dan 13 kategori untuk bahasa Iban.
Selain itu, antara Anugerah yang turut dipertandingkan adalah anugerah Foto Esei, Kewartawanan Foto, Penyiaran Dan Anugerah Ketua Menteri.