ARTIKEL

HIBA… Sekitar suasana hiba di persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di Demak Jaya, petang ini.

Suasana hiba di kediaman Tun Taib

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Suasana hiba dan sayu menyelubungi persekitaran kediaman Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, petang ini.

Keadaan cuaca mendung turut seakan-akan turut berduka dengan pemergian tokoh utama pemimpin Sarawak berkenaan sebaik ketibannya di ibu negeri ini.

Kelihatan ruang kediaman Allahyarham dipenuhi barisan pemimpin negeri; ahli keluarga; sahabat handai termasuk pengamal media yang mula menunggu di kediaman figura Bapa Kemodenan Sarawak terbabit seawal jam 2 petang.

Jenazah mantan Yang di-Pertua Negeri ketujuh itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke LTAK pada jam 4.25 petang tadi.

Sejurus ketibaan jenazah Allahyarham sebentar tadi, sebanyak 17 das tembakan dilepaskan menandakan
pengistiharan kemangkatan di Pangkalan
Udara, TUDM.

BERITA LAIN

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,

Kunjungan rumah terbuka tradisi masyarakat Sarawak

MARUDI: Kunjungan rumah terbuka merupakan tradisi masyarakat tanpa mengira kaum di Sarawak. Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr Penguang Manggil, berkata,

BERITA TERBARU

PBB China sokongg Palestin anggotai PBB

BEIJING: China menyokong Palestin menjadi anggota baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menyokong Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengambil tindakan berkenaan dengan secepat mungkin. Ini dinyatakan

Lelaki parah dipijak gajah di Gerik

IPOH: Seorang lelaki cedera parah akibat dipijak gajah di Tugu Peringatan Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dekat Gerik, malam tadi. Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam,