ARTIKEL

TIBA… Jenazah Joanna selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching pada jam 11.54 malam tadi.

Suasana hiba sambut kepulangan jasad mediang Joanna

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bumi Sarawak seakan ‘menangis’ menyambut kepulangan jasad wirawati negara, mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rhona yang merupakan salah seorang mangsa insiden helikopter terhempas Selasa lepas.

Sejak petang semalam, cuaca mulai mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuching di sini, ketika pesawat pesawat C130 TUDM yang membawa jenazah mendiang yang mendarat pada jam 11.54 malam.

Sementara suasana hiba di kediaman Joana terasa, melihat keluarga mendiang meratapi pemergiannya ketika jasad mendiang selamat tiba kira-kira pukul 2.08 pagi di kampung halaman suaminya, iaitu Kampung Engkeroh Tebakang di sini.

Seawal 6 pagi lagi, orang kampung telah berkumpul ke kediaman Joanna sebelum upacara pengkebumian yang akan diadakan sekitar pukul 10 pagi nanti.

Mendiang akan disemadikan Joanna di sebuah tanah perkuburan Kristian di Serian dan dilaksanakan mengikut tradisi TLDM bagi wirawati yang gugur ketika bertugas.

Joanna merupakan salah seorang daripada 10 mangsa inside nahas helikopter TLDM yang terkorban semasa raptai perbarisan Sambutan Hari TLDM ke-90 pada pagi Selasa lalu.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir jalah
Panglima Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div)
Melar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis dan
Penasihat Persatuan Veteran Tentera Kor Renier
(PVTKR), Lt Jen (B) Datuk Stephen Mundaw.

SAYU… Suasana hiba di kediaman Joanna setelah jenazah tiba pada jam 2.08 pagi tadi.

Terdahulu, pesawat yang membawa jasad mendiang berlepas pada 9.16 malam tadi dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Subang, Selangor setelah beberapa kali ditunda berikutan keadaan cuaca buruk.

Mendiang yang berasal dari Kampung Sumpas Tampek Batu 11 Serian itu mula berkhidmat sebagai anggota Jabatan Agensi Keselamatan Awam pada 2016 telah berkhidmat di bawah TLDM berpangkat Laskar Kanan.

Mendiang meninggalkan suami Hasley Ali serta dua orang anak perempuan, masing-masing berumur enam dan setahun lebih.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti