KUCHING: Aura mendiang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing sebagai pemimpin sejati cukup dikagumi pelbagai pihak, termasuk seteru politiknya.
Suasana pilu menyelubungi Association of Churches in Sarawak (ACS), Jalan Stampin, di sini apabila orang ramai, ahli keluarga serta pemimpin-pemimpin negeri mula hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.
Antara yang turut hadir, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, serta barisan kabinet negeri yang lain mula memberi penghormatan terakhir sekitar jam 8.30 pagi sehingga jam 10 pagi.
Seterusnya, ratusan orang awam mula memberikan penghormatan terakhir sehingga 1.30 petang dan dijangka selesai pada jam 2 petang.
Kemudian, jenazah mendiang kemudiannya akan dibawa ke Nirvana Memorial Park, Kuching untuk upacara pengebumian.
Mendiang yang merupakan Adun Baleh dan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak (NSMC) pada jam 7.05 pagi Ahad.

