Trending

Subsidi, kawalan harga ayam dan telur diteruskan – PM

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023.


Menurut kenyataan media KPKM dan KPDN, ia setelah mengambil kira semua aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela.


Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023.


Justeru, keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ini diambil demi memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara selaras dengan aspirasi Kerajaan Malaysia Madani.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru