Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Sudah boleh ke pub, kelab malam mulai Sabtu ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Pub dan kelab malam berlesen di negara ini dibenarkan kembali beroperasi berkuat kuasa pada Sabtu ini, selepas lebih dua tahun.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berkata, protokol pengoperasian pusat hiburan itu telah dimuat naik di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) di asset.mkn.gov.my.

“Operasi pub dan kelab malam berlesen yang dikategorikan dalam senarai negatif telah dihentikan operasi selama hampir dua tahun akibat pandemik Covid-19.

“Justeru, pihak kita menyeru agar semua pemain industri ini dapat mematuhi perkara-perkara penting yang telah digariskan dalam protokol tersebut bagi mengekang penularan kes Covid-19 dalam Fasa Peralihan Endemik ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Antara protokol tersebut, waktu beroperasi adalah mengikut syarat lesen dan permit Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan kapasiti premies adalah 100 peratus termasuk ruang tari.

Selain itu, pekerja dan pelanggan diwajibkan berdaftar dengan MySejahtera dan membuka fungsi MySJTrace.

Pelanggan juga perlu menjalani ujian kendiri RTK Covid-19 dalam tempoh 24 jam sebelum atau pihak premis boleh menjalankan ujian terbabit ke atas pelanggan sebelum dibenarkan masuk.

Pelanggan juga hendaklah sentiasa memakai pelitup muka kecuali semasa aktiviti makan, minum dan menari.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru