SUFC II perlu terus waspada

PENGURUS Sarawak United FC II (SUFC II), Phillip Jabu mengingatkan pemainnya agar lebih berwaspada ketika turun mengharungi aksi yang dijangka sengit menentang Kuching City FC (KCFC) di Stadium Negeri, Petra Jaya malam ini (9.00 malam).

Menurutnya, pemain harus bekerja keras untuk meraih keputusan positif sekali gus mengukuhkan kedudukan.

“Dua kemenangan diperolehi sebelum ini bukan jaminan untuk anak-anak buahnya meneruskan momentum cemerlang.

“Saya percaya, pemain akan diberi tentangan sengit sepanjang perlawanan malam ini,” katanya kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Skuad SUFC kini menghuni tangga teratas dengan mengumpul enam mata selepas menang kesemua dua perlawanan setakat ini.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 17 Apr 2021

Suara Sarawak