SUFC mahu teruskan rentak kemenangan

SKUAD Sarawak United FC (SUFC) beria-ia untuk memburu kemenangan kelima apabila turun menentang Selangor FC 2 di Stadium Selayang pada jam 4.45 petang ini.

Walaupun hanya perlu seri untuk merampas semula kedudukan teratas, namun Presiden SUFC, Datuk Posa Majais mahu tiga mata penuh.

“Saya percaya para pemain mampu memberikan tiga mata. “Misi kita adalah cuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlawanan,” ujar Posa.

Katanya, prestasi pasukan semakin meningkat, terutama dari segi kombinasi pemain, dan ia merupakan petanda positif. “Dua pesanan saya, iaitu fokus dan manfaatkan peluang,” jelas Posa.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 07 April 2021

Suara Sarawak