SUFC tetap pilih gelanggang sedia ada

PRESIDEN Sarawak United FC (SUFC), Datuk Posa Majais menegaskan, pihaknya tidak akan melakukan pusingan ‘U’ untuk mengubah gelanggang perlawanan ke Kuching bagi kempen Liga Premier 2021.

“Banyak faktor yang perlu kami lihat, terutama membabitkan jadual penerbangan pesawat dari Kuching ke Semenanjung mahupun negeri lain sedia ada.

“Jadual penerbangan dengan kapasiti penumpang yang agak terhad, sekali gus boleh menimbulkan masalah bagi kita jika berhasrat mengubah gelanggang perlawanan,” katanya kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Sebelum ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memberikan kelonggaran kebenaran kemasukan pasukan dari luar Sarawak tanpa melalui proses kuarantin wajib namun tetap berpandu kepada syarat ditetapkan.
….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 02 Apr 2021

Suara Sarawak