ARTIKEL

Sufian Suhaimi ingin rakam lagu Iban

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENYANYI terkenal tanah air, Sufian Suhaimi, 31, mengakui Sabah dan Sarawak mendapat tempat istimewa di hatinya.

Ujar penyanyi Di Matamu itu, setiap kali dia datang membuat persembahan di Sabah dan Sarawak, dia sentiasa menerima aura dan sambutan menggalakkan istimewa yang tidak didapati di Semenanjung Malaysia.

“Bagi saya Borneo merupakan tempat istimewa dalam hati saya.

Sabah dan Sarawak lain, apabila datang membuat persembahan, ada satu aura istimewa daripada penonton.

“Jadi apabila kita dapat jemputan ke Borneo, saya terima dan bersemangat membuat persembahan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri Cats Indahnya Raya di pekarangan bangunan Cats FM, pada Sabtu.

GANDINGAN ARTIS TEMPATAN

Sementara itu, Sufian turut mengulas berkaitan kolaborasi dengan penyanyi tempatan Sarawak.

Katanya, dia terbuka sekiranya ada yang mahu berkolaborasi dengannya serta terbuka untuk merakamkan lagu berbahasa Iban jika berpeluang.

“Bagi saya artis Sarawak ramai yang berbakat dan kita sudah ada beberapa projek kolaborasi bersama-sama artis lain.

“Kalau ikutkan pihak pengurusan buat masa sekarang, sudah cukup projek kolaborasi dan kita nak fokus kepada single.

“Tetapi kalau ada tawaran atau cadangan, bakat yang mahu bekerjasama, saya sangat terbuka dan gembira untuk bekerjasama dengan mereka,” tambahnya.

Tambah pelantun lagu Terakhir itu, beliau juga terbuka untuk cuba menyanyikan dan merakamkan lagu berbahasa Iban jika berkesempatan dengan mendapatkan panduan daripada pihak berkaitan.

“Apa salahnya. Insya-Allah boleh.

Saya rasa penyanyi amat mahir dalam meniru bunyi bukan sahaja di Malaysia, tetapi di pentas antarabangsa seperti penyanyi Amerika yang menyanyikan lagu berbahasa Sepanyol. 

“Kadang-kadang penyanyi itu tidak tahu bertutur dalam bahasa itu, tapi mereka kedengaran sangat baik menyanyikan lagu berkenaan.

“Jadi saya rasa, saya boleh lakukannya dengan bimbingan dan ia merupakan perkara yang baik untuk dicuba,” jelasnya.

MASIH KENAL HATI BUDI

Dalam pada itu, menjawab berkenaan gosip pertunangan dan perkahwinannya yang dikatakan dalam perancangan, Sufian menafikan khabar angin tersebut.

Jelasnya, buat masa ini dia hanya memfokuskan kerjaya dan penghasilan lagu.

Bagaimanapun, Sufian juga akui bahawa dirinya dalam proses kenal hati budi seseorang.

“Saya belum ada perancangan untuk bertunang, apatah lagi berkahwin. 

“Sekarang hanya fokus dengan penghasilan single terbaru.

“Insya-Allah kalau semua berjalan dengan lancar, pada bulan hadapan saya lancarkan lagu baharu dan lagu ini saya rasa sangat istimewa kerana ia merupakan kerjasama bersama-sama komposer yang pernah menulis lagu saya sebelum ini.

“Antaranya ialah lagu Terakhir, Terasa Ada dan Di Matamu,” jelasnya.

Katanya lagi, lagu tersebut mempunyai konsep seperti lagu popularnya sebelum ini dan bergenre pop balada.

BERITA LAIN

Jaga aib diri, orang lain

MENJAGA aib sesama manusia menjadi tanggungjawab yang dianjurkan dalam Islam. Pentingnya perbuatan menahan diri daripada mengumpat dan mencari kesalahan orang lain. Allah SWT juga memberikan

Bentuk peribadi pelajar

BARU-BARU INI, Mukhayyam Dakhili Tunas Kadet Remaja Sekolah Musleh (TKRSM) bagi murid Tahun 4 berlangsung dengan jayanya di Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kota Samarahan. Program

Wanita 66 tahun bersaing Ratu Cantik

“Usia bukan penghalang, saya sentiasa ingin mencuba untuk menyertai dunia ratu cantik kerana ia sesuatu yang sangat inklusif. Saya tidak pernah lupa tentang warisan budaya

Buang stigma masyarakat

“MENERUSI program ini, ia boleh memberi kepercayaan kepada ibu bapa. “Jadi, kepada mereka yang mempunyai anak autisme, jangan risau, sentiasa ada caranya untuk menangani mereka,”

BERITA TERBARU

Penganjuran Samarahan Family Fun Run promosikan ART

KOTA SAMARAHAN: Dalam usaha mempromosikan Transit Aliran Automasi (ART), acara ‘Samarahan Family Fun Run 2024’ bakal dianjurkan bagi memberikan kesedaran kepada orang ramai menggunakan perkhidmatan