ARTIKEL

SugarBun tawar menu Rahmah 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Restoran SugarBun, restoran makanan segera terkenal Sarawak, kini menyertai inisiatif Menu Rahmah dengan menyediakan pilihan makanan berkualiti kepada rakyat Sarawak dengan harga berpatutan. 

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Sarawak Matthew Dominic Barin berkata, dengan harga RM5, pelanggan boleh mendapatkan makanan yang mempunyai protein, karbohidrat dan vitamin yang tinggi. 

“Di antara hidangan yang diperkenalkan nanti dalam menu rahmah di SugarBun adalah hidangan ayam bersama sayur umbut kelapa sawit yang mempunyai nilai nutrisi tinggi seperti vitamin, mineral, dan asid amino. 

“Selain itu, mereka (SugarBun) juga menawarkan hidangan ikan kembung goreng atau bihun goreng. Ia disertakan dengan air mineral bagi pakej makanan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Majlis pelancaran rasmi Menu Rahmah  SugarBun di Ibu Pejabat SugarBun, Borneo Asian Food, di sini hari ini.

Jelas Matthew, SugarBun merupakan salah satu daripada 195 restoran dan penyedia makanan yang turut menyertai program Menu Rahmah di Sarawak. 

Katanya, usaha ini juga dapat meringankan kos sara hidup rakyat Malaysia Madani terutamanya rakyat Sarawak golongan B40. 

Sementara itu katanya, SugarBun juga akan dimasukkan dalam sistem aplikasi Menu Rahmah, yang memudahkan masyarakat untuk mencari premis makanan yang menyediakan hidangan Menu Rahmah.

BERITA LAIN

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan

Perlindungan kanak-kanak diperketat

PETRA JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses meminda Akta Kanak-Kanak 2001, bagi memperketatkan lagi perlindungan terhadap kanak-kanak. Menterinya, Datuk Seri Nancy

BERITA TERBARU