Trending

Suhu global naik mendadak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

PERTUBUHAN Meteorologi Dunia (WMO) meramalkan suhu global meningkat pantas dalam tempoh lima tahun akan datang, setinggi 66 peratus melepasi ambang 1.5 darjah Celsius yang dibincang dalam Perjanjian Paris.

Peningkatan ini disebabkan pencemaran udara yang teruk dan fenomena El Nino berpanjangan.

WMO memberi amaran hala ini sebagai isyarat krisis iklim yang dipercepat, mengakibatkan kenaikan paras laut yang pantas, keadaan cuaca melampau dengan kehilangan ekosistem penting.

Penggunaan berterusan bahan api fosil menyumbang kepada lonjakan haba tahunan.

Jika kenaikan suhu melebihi paras 1.5 darjah Celsius ia membawa kepada malapetaka seperti banjir, kemarau, kebakaran hutan dan kekurangan makanan.

Setiausaha Agung WMO Profesor Petteri Taalas menekankan perlunya penduduk dunia bersiap sedia kerana kenaikan suhu memberi kesan menyeluruh terhadap kesihatan, keselamatan makanan, pengurusan air dan alam sekitar.

Negara anggota akan berkumpul di COP28, Dubai Mei ini menilai kemajuan dan menyasarkan pengurangan pelepasan pemanasan planet lebih 40 peratus menjelang 2030 untuk kekal pada paras 1.5 darjah Celsius.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Lenggok zapin Melayu

ZAPIN berasal dari tradisi Tarian Zafana Orang Arab dari Hadramaut,

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru