ARTIKEL

Sukan belia ke pentas global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan Sarawak menyerahkan geran berjumlah RM5,030,600 kepada 59 persatuan dan pertubuhan belia dan sukan di negeri ini.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, penyerahan geran ini sebagai pemangkin kepada persatuan dan pertubuhan untuk terus aktif serta komited dalam melaksanakan program masingmasing.

“Dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), persatuan hendaklah kreatif dan pandai melaksanakan progran secara berterusan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ini bagi memastikan kementerian dapat mencapai agenda masyarakat bersepadu dan seimbang untuk mencapai visi World Class Youth and Sports For All By 2030,” katanya pada Majlis Penyerahan Geran Belia dan Sukan, di sini pada Sabtu.

Beliau menambah, kerajaan sentiasa berusaha merangka lebih banyak program sukan bersama Koperasi Sukan Sarawak (SSC) agar dapat menarik lebih banyak penglibatan belia dan masyarakat dalam bidang sukan.

“Kita lihat berdasarkan kajian indeks Belia Sarawak yang dijalankan pada 2019, mendapati pencapaian kualiti dan kesejahteraan hidup belia di tahap sederhana dengan nilai skor 70.62.

“Daripada perspektif sukan pula, kajian dapati penglibatan belia dalam sukan agak rendah iaitu dengan nilai skor 44.93 iaitu kurang separu h daripada belia Sarawak menggunakan masa lapang untuk bersukan,” jelasnya.

Abdul Karim mendedahkan Kementerian Belia dan Sukan menyusun atur dan merencanakan semula program pembangunan belia dan sukan berasaskan keperluan serta aspirasi belia dan masyarakat Sarawak pada masa kini.

“Justeru, saya menggesa agar lebih ramai persatuan dan belia bukan sahaja lebih aktif melaksanakan program sukan, malah melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan bagi membantu pihak yang memerlukan,” katanya.

Sementara itu, bagi mengekang penularan Covid-19, 11 daripada 137 kemudahan dan infrastruktur sukan di bawah kementerian ini sedang digunakan bagi pengurusan Covid-19 termasuk Kem Belia, Dewan Suarah, Asrama Belia dan Stadium di seluruh Sarawak.

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya