Sukan elektronik Sarawak diperkasa

PERSATUAN Sukan Elektronik Sarawak (SESA) akan memperkasakan sukan elektronik khasnya di Sarawak dengan pengisian program yang akan memberi manfaat kepada pemain industri e-sukan.

Dalam satu kenyataan media kelmarin, SESA menyatakan bahawa fasiliti sukan elektronik merupakan inisiatif persatuan bersama syarikat Serba Dinamik IT Solution Sdn Bhd yang akan menjadi mercu tanda dalam menyahut agenda ekonomi digital Sarawak selari dengan perkembangan revolusi industri 4.0.

Selain itu, SESA merupakan persatuan sukan elektronik negeri yang pertama memiliki fasiliti sukan elektronik yang tersendiri. Fasiliti SESA Mini Esports Hub berkeluasan 7,000 kaki persegi yang dilengkapi dengan 60 permainan komputer, enam buah bilik streaming, dua sudut konsul, satu ruang bilik perbincangan dan satu ruang pengurusan acara terbuka.

Dalam pada itu, SESA juga turut berhasrat untuk memberi penghormatan kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg untuk merasmikan SESA Mini Esports Hub dalam masa terdekat.

Presiden SESA, Afiq Fadhli Narawi berkata, amat menghargai sokongan daripada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan Kementerian Belia dan Sukan Sarawak yang telah disediakan oleh SESA akan menjadi peneraju atau contoh yang boleh diikuti oleh negeri e-sukan yang lain,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada rakan kongsi Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd kerana bekerjasama untuk menjadikan kemudahan e-sukan menjadi kenyataan.

Suara Sarawak