ARTIKEL

Atlet berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri. | BERNAMA

Sukan Olimpik 2024: ‘Layan’ muzik pop antara petua Nurul Izzah tenangkan diri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pelumba berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, memiliki petua tersendiri dalam mengawal perasaan gemuruh menjelang Sukan Olimpik 2024 di Paris.

Nurul Izzah berkata, mendengar muzik jenis pop merupakan satu daripada petua yang diamalkannya bagi menenangkan diri tatkala memikirkan penampilan sulungnya pada pentas Olimpik yang berbaki kurang dua bulan dari sekarang.

“Saya mahu kurangkan gemuruh kerana sebenarnya saya jangkakan beraksi pada Sukan Olimpik 2028 di Los Angeles namun tanpa disangka dapat ke Paris 2024.

“Tidak dinafikan, ini satu daripada momen yang terbaik dalam hidup saya dan perlu ubah mentaliti, tenang dan nikmati perlumbaan.

“Buat masa ini, saya dengar lagu pop selain lakukan latihan pernafasan kerana ia juga satu daripada teknik untuk kawal gemuruh,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Atlet berusia 20 tahun dari Kedah itu pada masa sama berharap dapat meningkatkan tahap kekuatan otot pada sesi latihan fasa akhir Sukan Olimpik 2024 di Eropah bulan depan.

Pelumba yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketwoman’ itu berkata beliau perlu menjaga pemakanan dengan lebih menitikberatkan pengambilan protein bagi menguatkan ototnya untuk berentap bersama jaguh dunia lain di Velodrom Saint-Quentin-en-Yvelines nanti.

Sukan Olimpik 2024 bakal dibuka secara rasmi pada 26 Julai dan berakhir 11 Ogos ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah

BERITA TERBARU