Trending

Sukan Para Asean 2023: Atlet Sarawak raih pingat 

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kehebatan atlet Sarawak di temasya Sukan Para Asean, Kemboja 2023 nyata sukar ditandingi apabila tiga daripada mereka berjaya mencetak dua pingat emas dan satu perak buat kem negara menerusi acara renang. 

Perenang berpengalaman, Fraidden Dawan (S10) berjaya meraih pingat emas kedua buat dirinya menerusi acara 200 meter gaya bebas. 

Selain, satu lagi pingat emas dari acara renang disumbangkan oleh Muhammad Nur Syaiful Zulkafli (S5) kategori 50 meter gaya bebas.

Menariknya, anak jati kelahiran Kampung Tajo, Asajaya itu turut berjaya mencipta rekod baharu kejohanan (33.14 saat).

Sementara itu, seorang lagi perenang kelahiran Sarawak, Rosdianto Rusmadi (SM8) turut berjaya meraih pingat perak menerusi acara 200 meter gaya bebas.

Turut berkongsi kejayaan atlet terbabit Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Seri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti, Mohamad Razi Sitam bersama rombongan yang turut berada di Kemboja ketika ini.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Mata-mata di jalan raya

SILA patuhi undang-undang peraturan di jalan raya. Dengan keadaan kewangan