Trending

Sukan Para ASEAN: Fraidden yakin dapat tambah pingat negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jaguh renang orang kelainan upaya negara, Fraidden Dawan melaungkan keyakinan untuk terus mencetak nama selaku penyumbang pingat buat kem negara di temasya Sukan Para ASEAN Ke-12.

Anak jati kelahiran Bintulu itu melihat potensi dirinya untuk beroleh pingat menerusi acara 200 meter yang akan berlangsung esok.

“Dua lagi acara saya akan berlangsung esok iaitu 50 meter kupu-kupu selain 200 meter gaya bebas yang juga acara berpotensi untuk beroleh pingat,” ujar Fraidden ketika dihubungi Arena Suara Sarawak di bumi Kemboja sebentar tadi.

Menurut Fraidden, walaupun sedar dirinya bakal berdepan tentangan sengit daripada perenang negara lain, namun berbekal semangat serta pengalaman beliau akan cuba tampil dengan aksi terbaik.

“Di atas kertas mungkin menerusi acara 200 meter tetapi saya akan cuba menampilkan persembahan terbaik untuk satu lagi acara esok,” jelas Fraidden.

Perenang sensasi yang mendapat sentuhan hebat jurulatih renang berpengalaman Sarawak, Sharbini Kaderi itu pada awal berjaya mencipta kejutan meraih pingat emas menerusi acara 400 meter gaya bebas pada hari kedua temasya berprestij Asia Tenggara itu.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru