ARTIKEL

Azman berucap pada aktiviti Pertandingan Boling Antara JKKK Kampung Daerah Bintulu anjuran Jawatankuasa Kerja Ketua Kaum Islam Daerah Bintulu (JKKIDB) di Megalanes Bintulu.

Sukan perkukuh silaturahim, kerjasama pemimpin masyarakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Program berbentuk sukan dan riadah seperti Pertandingan Boling Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Daerah Bintulu perlu terus diperkasakan sebagai medium memperkukuh hubungan silaturahim, kerjasama serta perpaduan dalam kalangan pemimpin masyarakat.

Pegawai khas kepada Ahli Parlimen Bintulu, Azman Abdul Rahman berkata, program seumpama ini bukan sekadar memberi ruang kepada masyarakat untuk beriadah, malah menjadi platform mempererat hubungan antara JKKK serta membina semangat kebersamaan.

Beliau berkata pelibatan memberangsangkan daripada semua peserta menunjukkan kesungguhan pemimpin masyarakat dalam menyokong aktiviti yang mampu mewujudkan suasana harmoni dan muafakat.

Azman (duduk dua kiri) merakam gambar bersama-sama jawatankuasa penganjur dan sebahagian peserta aktiviti Pertandingan Boling Antara JKKK Kampung Daerah Bintulu.

“Kehadiran dan penyertaan yang menggalakkan mencerminkan komitmen masyarakat dalam menyokong aktiviti yang memupuk perpaduan serta keharmonian,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sempena Pertandingan Boling JKKK Kampung Daerah Bintulu anjuran Jawatankuasa Kerja Ketua Kaum Islam Daerah Bintulu (JKKIDB) di Megalanes Bintulu pada Selasa.

Sebanyak 30 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan, termasuk masing-masing satu pasukan mewakili Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bintulu dan Pejabat Daerah Bintulu.

Beliau berharap semangat kesukanan, perpaduan dan kebersamaan yang dipupuk menerusi pertandingan itu akan terus menjadi pemangkin kepada pembentukan masyarakat Bintulu yang lebih harmoni, bersatu padu dan progresif.

Sebagai tanda sokongan usaha memperkukuh hubungan kemasyarakatan serta menggalakkan aktiviti yang menyatukan komuniti, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing, menyalurkan sumbangan berjumlah RM20,000 kepada jawatankuasa tersebut.

Sumbangan berkenaan adalah bagi menjayakan tiga aktiviti anjuran JKKKIDB iaitu Pertandingan Petanque, Sambutan Hari Sarawak serta Pertandingan Boling Antara JKKK Kampung Daerah Bintulu yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan dan memperkukuh kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

BERITA LAIN

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan

BERITA TERBARU

Politik Semenanjung tidak jejas GPS – Abdul Karim

KUCHING: Pergolakan politik di Semenanjung Malaysia dijangka tidak menjejaskan landskap politik Sarawak menjelang Pilihan Raya Umum Sarawak Ke-13 (PRU-13), dengan perpaduan rakyat dan agenda pembangunan