Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Sukan SEA 2022: Ibnuqaldoon wakil negara

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
WAKIL MALAYSIA....Ibnuqaldoon Mohamad Shukor.

KUCHING: Sejarah tercipta buat dunia sukan elektronik (e-sukan) Sarawak apabila menyaksikan Ibnuqaldoon Mohamad Shukor, 20 ,berjaya menempah slot pasukan Esports Malaysia untuk bersaing di temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan Mei nanti.

WAKIL MALAYSIA….Ibnuqaldoon Mohamad Shukor.

Anak jati kelahiran Kampung Lalang, Gedong itu akan bersaing dalam kategori Free Fire.

Kejayaan atlet muda dari Sarawak itu turut dikongsi bersama Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Sri Nancy Shukri yang mengucap tahniah kepada Ibnuqaldoon kerana berjaya menempah slot mewakili negara.

“Beliau juga merupakan anak jati Sarawak yang pertama mewakili Malaysia ke temasya Sukma dalam sukan elektronik.

“Ini merupakan kejayaan besar di kawasan Parlimen Batang Sadong,” ujar beliau.

Sambil berharap kejayaan Ibnuqaldoon akan menjadi inspirasi kepada anak-anak muda diluar sana yang menceburi bidang e-sukan.

Presiden Persatuan Sukan Elektronik Sarawak (SESA), Afiq Fadhli Narawi turut menzahir rasa bangga dengan pencapaian Ibnuqaldoon dan percaya beliau mampu membuat kejutan pada saingan tersebut kelak sekali gus menghadiahkan pingat buat kem negara.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

24 Mac 2023

Berita Terbaru

Bali rai Hari Nyepi

BALI: Pulau peranginan terkenal Indonesia, Bali kelihatan sunyi kerana penduduk