ARTIKEL

Amir Daniel Abdul Majeed

Sukan SEA 2025: Atlet judo hadiahkan emas pertama buat Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Atlet negara Amir Daniel Abdul Majeed membutirkan pingat emas pertama kem judo pada Sukan SEA 2025 selepas menjuarai kategori bawah 81 kilogram (kg) lelaki hari ini.

Atlet berusia 21 tahun itu meraih emas selepas menewaskan wakil Filipina Ferrer John Viron di Rajamangala Auditorium, Rajamangala University of Technology Thanyaburi.

Terdahulu, Amir Daniel mara ke pusingan akhir selepas menewaskan wakil Indonesia Hartato Diki pada separuh akhir.

Kejayaan itu menjadi satu pencapaian baharu buat Amir Daniel selepas terpaksa berpuas hati meraih pingat gangsa dalam acara bawah 73kg pada dua edisi lepas.

Dalam pada itu, atlet wanita Nor Izzatul Fazlia Mohamad Tahir turut menyumbang kutipan pingat kem judo apabila meraih gangsa bagi kategori atas 78kg. – BERNAMA

BERITA LAIN

Wajib bayar HUTANG, jangan tangguh

Hutang merupakan perkara yang lazim dalam kehidupan manusia. Ada yang berhutang untuk memenuhi keperluan keluarga, membeli rumah, mendapatkan kenderaan atau menjalankan perniagaan. Islam tidak melarang

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i