ARTIKEL

Sukan Sea: Kimberly mahu tingkatkan tahap kesukaran terjunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penerjun wanita negara, Kimberly Bong yakin mampu meningkatkan tahap kesukaran terjunannya menjelang Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja, bulan depan, meskipun agak kesuntukan masa.

Bagi penerjun Sarawak itu, tiada yang mustahil untuk beliau beraksi sekurang-kurangnya pada tahap kesukaran 3.0 dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanila di temasya dwitahunan itu.

Selepas beraksi pada tahap kesukaran antara 1.0 dan 2.5 sebelum ini, Kimberly mahu mencabar dirinya dengan mencuba terjunan baharu bagi meraih lebih banyak mata daripada pengadil.

“Ia mungkin mengambil masa untuk saya berbuat demikian tetapi saya sedang berusaha ke arah itu dan jurulatih juga mengalakkannya.

“Saya lebih faham dengan keadaan tubuh saya.

Jadi, saya rasa tidak ada masalah untuk saya meningkatkan tahap kesukaran dalam masa yang singkat,” katanya kepada pemberita selepas memenangi emas dalam acara 3m papan anjal wanita di Kejohanan Terjun Kumpulan Umur Jemputan Malaysia (MIAG) ke-58, di sini hari ini.

Justeru, pemenang pingat perak Sukan SEA 2021 bagi acara 1m papan anjal wanita itu meletakkan sasaran untuk melakukan sekurang-kurangnya dua terjunan baharu daripada lima pusingan di Phnom Penh nanti.

Mengenai persembahannya hari ini, Kimberly mengakui agak gementar untuk bertanding dalam acara hari ini kerana ini merupakan kejohanan pertamanya sejak November lepas.

“Namun, saya lega kerana berjaya mengatasi rasa gementar itu.

Ini merupakan pertandingan pertama dan terakhir saya sebelum Sukan SEA, jadi ia tidaklah teruk langsung,” katanya.

Sementara itu, pelajar pengurusan sukan Universiti Malaya itu berharap dapat mengelak daripada sebarang kecederaan serius menjelang temasya itu.

Terdahulu, Kimberly yang mewakili pasukan negara mengumpul 280.55 mata untuk muncul tempat pertama, manakala rakan sepasukannya, Ong Ker Ying meraih perak dengan 252.80 mata dan Alycia Lim dari Singapura melengkapkan podium dengan 171.30 mata.

Kejohanan tiga hari itu dijadualkan berakhir esok.

BERITA LAIN

Sukan Olimpik cipta peluang pekerjaan

PARIS: Sukan Olimpik Paris menetapkan piawaian baharu dan meningkatkan piawaian antarabangsa sedia ada dalam aspek ekonomi, sosial dan alam sekitar, menurut Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC)

Den Contruction rangkul gelaran juara futsal

KABONG: Pasukan Den Contruction dinobat sebagai juara pada Kejohanan Futsal Terbuka Kabong 2024. Kelab yang berpengkalan di Kuching itu bagaimanapun dipaksa bekerja keras sebelum berjaya

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Belematika pemesai reti turai sejarah Sarawak

SIBU: Pengerami ‘722 Run For Sarawak’ udah dikelala nyadi sebengkah pengerami ti besai reti nyerumba Hari Sarawak. Sapit Menteri Pengerai Mensia Mayuh, Pengawa Berumah enggau