ARTIKEL

Sukan SEA: Skuad B-23 dijangka hadapi laluan sukar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23) negara dijangka berdepan laluan sukar untuk mencapai sasaran mara ke final selepas diundi dalam kumpulan ‘maut’ pada temasya Sukan SEA 2023 di Kemboja bermula 5 hingga 17 Mei ini.

Dalam majlis undian hari ini, Skuad Harimau Muda, kendalian E. Elavarasan, diundi bersama juara bertahan, Vietnam; juara terbanyak dengan rekod 16 kali, Thailand; Singapura dan Laos dalam Kumpulan B.

Kumpulan A terdiri daripada Indonesia, Myanmar, Kemboja, Filipina dan Timor Leste.

Persaingan merebut dua slot teratas Kumpulan B bagi menempah slot ke peringkat separuh akhir dijangka sengit apabila Malaysia, Vietnam dan Thailand masing-masing berjaya melangkah ke pusingan kalah mati pada edisi lepas di Hanoi, Vietnam.

Pada edisi itu, Malaysia tewas 0-1 kepada Vietnam di separuh akhir sebelum pasukan tuan rumah menewaskan Thailand 1-0 di final sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi 2019 di Filipina.

Malaysia yang dibimbing bekas pengendali, Brad Maloney kemudian kempunan membawa pulang gangsa di Hanoi selepas tewas 3-4 di tangan Indonesia menerusi penentuan penalti pada aksi penentuan pingat gangsa.

Kali terakhir Malaysia merangkul emas adalah pada edisi 2011 di Jakarta,selepas menundukkan pasukan tuan rumah sebelum gagal mengulangi pencapaian sama pada edisi 2017 di Kuala Lumpur selepas tewas kepada Thailand di final.

Dalam pada itu, saingan bola sepak wanita Sukan SEA ke-32 itu menyaksikan Malaysia, Filipina, Myanmar, Indonesia dan Vietnam selaku juara bertahan diundi dalam Kumpulan A manakala Kumpulan B menghimpunkan Kemboja, Thailand, Singapura dan Laos.

Pencapaian terbaik Malaysia dalam saingan wanita adalah meraih perak pada edisi 1995 di Chiang Mai, Thailand.

Malaysia tidak menghantar penyertaan dalam saingan wanita pada edisi lepas.– BERNAMA

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU

RM35,000 untuk ganti paip graviti lama

PAKAN: Sejumlah RM35,000 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Entaih bagi membeli dan menggantikan batang paip graviti lama sekolah tersebut untuk kegunaan seharian mereka.