ARTIKEL

FOTO FB Malaysia Dancesport Federation (MYDF)

Sukan tarian negara rangkul dua emas di London

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Pasukan sukan tarian negara merangkul dua pingat emas pada Terbuka London 2024, semalam.

Menurut Persekutuan Dance Sport Malaysia (MYDF), emas berkenaan diperoleh menerusi Cherry yeo dalam Latin Solo Wanita dan Madeleine Lau bagi acara Latin Solo Wanita Remaja.

Cherry dan Madeleine masing-masing telah mempamerkan bakat dan keunggulan seni tari luar biasa hingga memukau barisan juri sekali gus meletakkan kedua-duanya mengungguli kedudukan teratas.

Pencapaian Cherry itu memberikan perkembangan positif kepada kedudukan rankingnya yang kini menghuni ranking kedua teratas dunia bagi kategori Latin Solo Wanita manakala Madeleine keempat dunia Latin Solo Wanita Remaja.

“Kejayaan pasukan negara tidak dapat dicapai tanpa sokongan, dedikasi dan bimbingan pakar jurulatih Chua Zjen Fong dan Evon Chong dari MY DanceSport Academy,” menurut kenyataan itu.

Sebanyak 25 negara termasuk Malaysia menyertai kejohanan berkenaan.– BERNAMA

BERITA LAIN

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak

BERITA TERBARU