ARTIKEL

Sukan woodball berpotensi dipertanding dalam SUKMA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERI ISKANDARL Kontinjen Perak akan memuktamadkan jumlah acara yang disertai daripada keseluruhan 37 acara dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak, pada Mac tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata penilaian terperinci perlu dilakukan berdasarkan laporan pencapaian atlet termasuk analisis setiap pasukan supaya penyertaan tidak sekadar memenuhi kuota semata-mata.

“Buat masa ini belum ada keputusan khusus lagi dan saya dimaklumkan pada Mac 2024 barulah kita putuskan sukan mana yang kita akan hantar pasukan dan sukan mana kita tidak sertai.

“Semua pihak (atlet dan persatuan sukan) kena akur sebab kita buat keputusan berdasarkan laporan pencapaian termasuk analisis setiap pasukan kerana atlet yang mewakili Perak perlu cukup bersedia untuk beri saingan seterusnya membawa pulang pingat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Sukan Woodball negeri Perak di Kompleks Sukan Universiti Teknologi Petronas (UTP) dekat sini semalam.

SUKMA 2024 dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos.

Ditanya mengenai khabar angin berhubung dua atlet Perak digugurkan penyertaan daripada SUKMA ke-21 susulan masalah disiplin, Khairudin mengambil pendirian untuk tidak mencampuri keputusan dibuat Majlis Sukan Negeri dan persatuan sukan berkaitan.

“Saya tidak boleh sibuk dalam sebarang urusan pemilihan atau pengguguran atlet kerana sebagai Exco negeri kena menjaga dasarnya, saya akan minta laporan penuh mengenai perkara ini,” katanya.

Sementara itu, mengenai acara woodball, Khairudin berkata acara itu berpotensi dipertandingkan semula di temasya SUKMA sekiranya ia terus dipromosikan di peringkat kebangsaan, persatuan negeri serta institusi pengajian tinggi.

Katanya, semua negeri perlu bekerjasama memainkan peranan mempopularkan sukan berkenaan selain persatuan perlu lebih agresif menganjurkan pertandingan dan program pembangunan supaya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Sukan Negara (MSN) menyenaraikan kembali sukan itu yang kali terakhir dipertandingkan pada SUKMA edisi 2013.

“Tiada yang mustahil jika sukan woodball ini kembali disenaraikan sebagai antara acara dalam SUKMA, namun perancangan yang teliti perlu dilakukan di semua peringkat.

“Sukan ini bukan baharu dan sudah ada penggiat sukan ini sejak 1995 dan penganjuran klinik sukan woodball ini sebagai satu contoh terbaik untuk memperkenalkan sukan tersebut kepada generasi muda khususnya dalam kalangan penuntut universiti,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai pendek pemain tenis dikenal pasti

KUCHING: Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) sudah mempunyai senarai pendek pemain terbaik ketika ini. Namun senarai itu belum dimuktamad untuk menjadikannya kepada skala lebih kecil

Wee Wern ucap selamat tinggal kepada sukan skuasy

KUALA LUMPUR: Selepas dua dekad dalam sukan skuasy, bintang skuasy wanita negara Low Wee Wern mengumumkan persaraannya secara rasmi tengah malam tadi. Pengumuman tersebut dilakukan pemain berusia 33

Tze Yong alami kecederaan tulang belakang – BAM

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara Ng Tze Yong mengalami kecederaan tulang belakang semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan itu dimaklumkan

Tze Yong cedera tulang belakang

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, mengalami kecederaan tulang belakang dan cakera semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan

BERITA TERBARU

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa

Legasi ditinggalkan Tun Taib tidak ternilai 

KUALA LUMPUR: Legasi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Bapa Pemodenan Sarawak tidak ternilai dan akan sentiasa hidup di dalam hati semua.