Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Sukarela bantu petugas hadapan

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
MERESI SEPITAL... Sekeda tukang tuchi ke mantu meresi sereta nagang pengerekai igi penyakit Covid-19 ba sepital.

SEJAK Malaysia dilanda pandemik wabak Covid-19, kita tahu kebanyakan kumpulan barisan hadapan seperti doktor, PDRM dan angkatan tentera bertugas biarpun menyedari ia berisiko terdedah kepada penularan wabak ini.
Kita juga tidak tahu ada segelintir masyarakat yang juga sedaya upaya memutuskan rantaian pandemik Covid-19, namun nama mereka tidak didendang masyarakat.
Bagi masyarakat, mungkin nama mereka tidak setaraf agensi penguat kuasa yang lain tetapi kita perlu lihat pengorbanan mereka kepada negara sangat besar. Mereka ini anggota sukarelawan yang membantu kakitangan hospital dan mereka tahu dalam meletakkan diri di bidang tersebut, mereka mengundang risiko yang amat besar.
Aktiviti kesukarelawan atau khidmat masyarakat semakin berkembang dan mendapat perhatian umum pada masa kini bukan sahaja dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO), namun ia juga menjadi perkara signifikan kepada pusat perubatan mengekang penularan wabak Covid-19 ini.
Biarpun segelintir pihak menganggap tugas ini remeh berbanding petugas barisan hadapan lain seperti doktor, polis mahupun tentera, tetapi bagi penulis, tidak semua orang mampu menggalas amanah seperti mereka.
Sudah pasti apabila mereka melaksanakan yang terbaik dan membantu masyarakat, ia dapat menjadi kebanggaan mereka, malah bakti yang ditaburkan kepada negara dapat dijadikan contoh banyak pihak.
Mana tidaknya, tanpa mereka sudah tentu kakitangan awam yang memantau semua pesakit tidak mencukupi, malah mengambil ujian saringan pesakit Covid-19 yang berada di pedalaman juga tidak dapat dijalankan.
Sukarelawan memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha komuniti, termasuk memerangi Covid-19 dan pengorbanan dan komitmen mereka melayakkan golongan sukarelawan ini digelar hero ataupun wira kepada masyarakat.
Walaupun banyak dalam kalangan mereka tidak terkenal, seperti biasanya sentiasa berada di belakang tabir, penulis yakin usaha menganggap mereka sebagai sekutu kuat dalam pertempuran mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh virus.
Sebagai contoh, baru-baru ini sukarelawan barisan hadapan Pejabat Kesihatan Kota Samarahan menggalas amanah demi bangsa, agama dan negara.
Barisan hadapan ini diamanahkan ke Daerah Sibu membantu Hospital Sibu mengekang wabak Covid-19. Walaupun mereka tahu daerah itu diklasifikasikan sebagai zon merah, ia tidak pernah mematah semangat barisan ini untuk terus memastikan amanah diberi selesai sepenuhnya.
Jika semua masyarakat mempunyai pemikiran sebegini dan bertindak membantu masyarakat yang memerlukan, sudah pasti banyak rakyat terinspirasi dan berfikir untuk turut serta dalam memberi bantuan. Bukan itu sahaja, tindakan ini juga memberi sisi baik negara ini dan memberi contoh baik kepada negara lain betapa mudahnya penduduk tempatan di sini memberi bantuan.
Justeru, kita harus berterima kasih kepada mereka kerana sukarelawan yang luar biasa ini layak mendapat pengiktirafan dan penghargaan atas peranan penting mereka membantu dan menyokong masyarakat.
Dalam pada itu, kerajaan juga harus dapat membuat program yang komprehensif dan tersusun untuk memberi penghargaan kepada usaha sukarelawan.
Kerajaan perlu mencontohi negara seperti Taiwan, Jepun dan Korea Selatan yang merancang program dengan baik untuk mengenali sumbangan mereka ini iaitu sukarelawan yang menggembleng tenaga membantu orang ramai akan dapat menikmati atau mendapat keuntungan daripada pelbagai insentif atau potongan seperti pengangkutan awam atau pembelian di pusat beli-belah.
Sementara itu, tidak lupa juga dengan wira yang bertungkus-lumus menyiapkan dan menyumbangkan unit sut peralatan pelindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas barisan hadapan kesihatan berikutan penularan pandemik ini.
Sukarelawan yang menghasilkan PPE merupakan hero yang tidak didendang dan mereka lakukan secara sukarela tanpa upah demi melawan Covid-19.
Seterusnya, dalam meneruskan kehidupan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita tidak menafikan ramai masyarakat mengalami tekanan dan ada yang kemurungan.
Kita harus bersyukur kerana negara kita dihujani sukarelawan yang tampil ke hadapan dalam keadaan darurat seperti mengekang wabak ini dan membantu masyarakat dalam menghadapi bencana seperti kebakaran dan banjir.
Dedikasi dan pengorbanan mereka tidak terungkap dengan kata-kata apatah lagi Malaysia masih bergelut mengekang penularan wabak Covid -19 susulan peningkatan yang drastik akhir-akhir ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Elak pembaziran

MASYARAKAT Islam bakal menyambut bulan Ramadan AlMubarak dalam masa terdekat,

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru