ARTIKEL

Para peserta program penanaman pokok di Hutan Sempadi.

Sukarelawan Jepun tinjau semula pokok mereka tanam pada 1996

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seramai 15 orang sukarelawan dari sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan (NPO) Jepun, iaitu Midori No Daichi, telah menyertai program penanaman pokok di Hutan Simpan Sempadi.

Menurut satu kenyataan daripada Jabatan Hutan Sarawak (JHS) semalam, inisiatif ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Malaysia Jepun (JMA) dan JHS yang menandakan satu peristiwa penting dalam perkongsian antara organisasi dalam usaha pemulihan alam sekitar.

Rombongan sukarelawan tersebut menempuh perjalanan beribu batu untuk bekerjasama dengan JMA dan JHS serta komuniti setempat bagi menanam 300 pokok asli bernilai tinggi di Hutan Simpan Sempadi.

Sukarelawan dari Jepun melawat semula pokok yang mereka tanam pada 1996.

Antara sukarelawan tersebut, dua individu berkongsi mengenai hubungan unik dengan hutan simpan, serta meninjau semula pokok yang mereka tanam semasa kempen penanaman pokok sebelum ini pada tahun 1996, dan ia menggariskan kesan kekal daripada sumbangan mereka kepada ekosistem hutan.

Kerjasama antara JHS dan JMA ini menonjolkan kepentingan kerjasama antarabangsa dalam menangani cabaran global terhadap alam sekitar yang menyumbang kepada usaha berterusan untuk melindungi dan memulihkan sumber semula jadi yang tidak ternilai melalui usaha dan komitmen bersama demi generasi akan datang.

Program tersebut turut disertai Penolong Pengarah JHS, Zarina Shebli, wakil daripada Midori Daichi No Kai, Terao Hideo, Pengarah Eksekutif JMA, Arai Takuji, dan Penyelaras JMA Sarawak, Kazue Sakai.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti