Sukarelawan vaksin dipantau

KUCHING: Sukarelawan yang terlibat dengan ujian suntikan vaksin Covid-19 akan dipantau rapi dan mengikut protokol sepenuhnya.
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Dr Chin Zin Hing berkata, ia akan dilakukan di salah satu daripada sembilan pusat yang ditetapkan.
Bagaimanapun, beliau tidak dapat mendedahkan perkembangan terbabit secara lanjut kerana tidak terlibat secara langsung dalam proses terbabit.
“Namun, pelbagai soalan akan ditanya kepada sukarelawan berkenaan dengan pemantauan rapi KKM,” ujarnya ringkas.
Beliau berkata demikian pada sidang media harian Covid-19 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di Bangunan Dun Lama, Kuching di sini semalam.

Suara Sarawak