Sukma 2021: Skuad bola Sarawak teruskan latihan

SKUAD bola sepak Sukma 2021 Sarawak meneruskan latihan seperti biasa di bawah kendalian Ahmad Fairuz Yunus walaupun keadaan di Kuching sekarang ini tidak menentu selepas pertambahan kes positif Covid-19 sejak dua minggu kebelangan ini.

Lebih memburukkan keadaan lima pemain Kuching FA positif, menyebabkan semua pemain dan pegawai pasukan dikuarantin selama 14 hari.

“Sehingga kini belum ada arahan daripada pihak atasan untuk memberhentikan latihan. “Oleh itu, kami berlatih seperti biasa dan fokus latihan tanpa aksi kompetitif,” jelas Fairuz.

“Kami tetap mengikut prosedur operasi standard (SOP) seperti yang diarahkan,” katanya.

Sekitar lebih 20 pemain menyertai kem latihan yang bermula 1 Julai lalu.

Ia membabitkan pemain daripada skuad Sarawak United III (Piala Presiden), Sarawak United IV (Piala Belia) dan skuad Piala Presiden Kuching FA.

Suara Sarawak