Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Sukma 2022: Skuad takraw Sarawak terlepas pingat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
KANDAS...Skuad sepak takraw lelaki tewas diperingkat suku akhir.

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw lelaki Sarawak terlepas peluang untuk meraih pingat gangsa selepas tewas (2-0) kepada Terengganu pada peringkat suku akhir yang berlangsung di Dewan Sri Sarjana, UNITEN sebentar tadi.

Tampak sukar buat anak-anak buah Fadlansyah Ibrahim untuk menyaingi kehebatan jaguh dari pantai timur itu.

Regu pertama Sarawak yang dibarisi Sealtel Dennis (tekong), Nigel Saban Jeffery (apit kanan) dan Mohd. Aiqal Zarul Suhaili/Mohamad Fatan Akhbar Raduan (apit kiri) tewas kedua-dua set (21-10, 21-13).

Selain nasib sama turut dialami regu kedua yang dibarisi Muhamad Hariz Hipni (tekong), Abang Ajmal Shauqi Abang Mohd Fauzi (apit kanan) dan Mohd. Nashari Ibrahim (apit kiri)
tewas kedua-dua set (21-17, 21-17).

“Pemain telah memberikan aksi terbaik pada perlawanan tersebut. Namun, kita gagal untuk menyaingi kehebatan Terengganu,” ujar ketua jurulatih, Fadlansyah ketika mengulas aksi pemainnya.

Apa pun tegas Fadlansyah, fokus mereka selepas ini kepada acara bergu (dua orang pemain) yang akan bermula pada 18 September.

KANDAS…Skuad sepak takraw lelaki tewas diperingkat suku akhir.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru