ARTIKEL

SUKMA 2024: Kontraktor digesa siapkan kemudahan sukan ikut jadual

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa pihak kontraktor yang dilantik dapat menyiapkan kemudahan sukan yang akan digunakan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 mengikut jadual.

Dengan kata lain, memastikan kerja-kerja pembinaan serta menaik taraf 25 fasiliti sukan di seluruh negeri selewat-lewatnya bulan Jun.

“Kepada semua kontraktor yang telah diamanahkan, tolong pastikan anda dapat menyiapkan kerja kemudahan sukan tersebut mengikut jadual ditetapkan,” ujar beliau.

Datuk Seri Abdul Karim berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke tapak projek pembinaan Perkampungan Sukan Sarawak (SSV) di Petra Jaya.

Beliau menyatakan, pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan ke venue pertandingan termasuk di luar Kuching bagi melihat sendiri perkembangan projek-projek terbabit.

“Kita mahu kemudahan sukan yang ada meliputi bilik tidur, tandas dan sebagainya.

“Jika kemudahan yang ada tidak dapat siap sepenuhnya, ia akan memberi tekanan kepada atlet. Justeru, apabila mereka tertekan mungkin sukar untuk mereka menghadiahkan pingat emas kepada Sarawak,” tambah beliau.

Baca lain  Shahabudin Omar juara

Mengulas mengenai persiapan latihan para atlet sedia ada sekarang, beliau turut mengingatkan kepada atlet agar sentiasa memastikan tahap kesihatan diri.

“Pada musim panas dan bulan Ramadan ini, para atlet diingatkan agat sentiasa memastikan tahap kesihatan diri untuk memastikan prestasi cemerlang dapat diterjemah pada saingan sebenar Sukma XXI Sarawak 2024.

Temasya Sukma XXI Sarawak 2024 akan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos nanti.

Sembilan bahagian akan diguna pakai sepanjang lapan hari berlangsung kejohanan itu kelak ialah Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

BERITA LAIN

Wujudkan kelab pickleball di sekolah menengah

SIBU: Sekolah menengah dicadangkan untuk menubuhkan kelab pickleball bagi membangunkan sukan itu. Presiden Kelab Pickleball Sibu (SIPA) Chieng Jin Ek berkata, usaha itu penting untuk

BERITA TERBARU