Trending

Sukma 2024: Pemain skuad boling padang diketahui Disember

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Jurulatih skuad boling padang Sarawak Nurul Asma Sani memberitahu, beliau belum dapat memberi bayangan awal nama pemain yang akan terpilih mewakili Sarawak untuk menghadapi temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024.

Bagaimanapun, beliau yakin skuad yang bakal dibentuk selepas ini mampu tampil lebih baik serta berupaya memberi saingan, mengambil kira himpunan pemain yang berada dalam skuad ketika ini.

“Kita belum memuktamadkan senarai nama pemain yang akan beraksi di Sukma tahun depan.

“Saya percaya skuad kali ini dijangka mampu memberikan yang terbaik dengan adanya barisan baharu yang cukup berbakat,” ujar Asma kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Asma, masih banyak yang perlu diberi tumpuan terhadap pemain sedia ada.

Justeru, Asma memberi jaminan senarai muktamad pemain akan dapat diketahui pada bulan Disember nanti.

Seramai 19 orang pemain berada dalam skuad ketika ini termasuk tiga daripada mereka yang merupakan tonggak utama yang beraksi di temasya Sukma lepas.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru