ARTIKEL

SUKMA 2024: PSS mahu pastikan Sarawak juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS) berikrar memberikan yang terbaik untuk membantu Sarawak muncul juara keseluruhan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 2024.

Presiden PSS, Datuk Ismail Abang Saufi berkata, bagi merealisasi misi tersebut PSS akan memastikan acara sepak takraw terus memastikan  sebagai pasukan penyumbang pingat pada temasya berprestij negara itu kelak.

Katanya, beberapa pendekatan akan dilaksanakan dan diperkasakan pihaknya selepas ini dengan fokus utama terarah kepada latihan lebih komprehensif bagi meningkatkan prestasi pemain.

“Hasil bedah siasat yang kita lakukan pada edisi sebelum ini, kelemahan terhadap pasukan kita adalah kurangnya pendedahan kepada pemain berbanding pasukan negeri-negeri lain yang dilihat banyak menyertai pertandingan termasuk di negara jiran seperti Thailand.

“Malah negeri jiran kita Sabah juga tampak ketara peningkatan prestasi pemain mereka terutama pada temasya Sukma XX MSN, Kuala Lumpur 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datu Sri Abdul Karim Rahman Hamzah semalam.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang – Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya, Mohamad Faisal Abdul Halim, menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU

Didik anak-anak untuk elak gangguan seksual, rogol

KUCHING: Agensi kerajaan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bekerjasama dalam memberi didikan sentuhan selamat dan sentuhan tidak selamat kepada kanak-kanak dalam usaha meningkatkan kesedaran akan