ARTIKEL

SUKMA 2024: Sarawak mahu kekal bebas Anti-Doping

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kesedaran Anti-Doping iaitu penyalahgunaan bahan terlarang (prohibited banned-substance) antara elemen yang sentiasa diberi keutamaan dua badan induk, Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) sebelum berlangsung temasya Sukan Malaysia (SUKMA).

Pendekatan sedemikian perlu bagi mengelak golongan sasar iaitu atlet dimamah musibah yang dianggap pembunuh utama karier mereka sebaik berakhir kejohanan berprestij negara itu.

Ketua Pegawai Eksekutif,  SSC, Awang Putrayusrie Awang Redzuan memberitahu, penganjuran program Sesi Pengenalan Anti-Doping bersama jurulatih dan wakil persatuan 2023 amat bertepatan yang dapat memberi maklumat lebih terperinci kepada jurulatih mahupun wakil persatuan terlibat dengan Sukma 2024.

Sekali gus, katanya dapat dikongsi sama maklumat yang diperoleh itu kepada atlet masing-masing.

“Ini sejajar dengan matlamat  mahu memastikan reputasi hebat atlet dari Kontinjen Sarawak terus kekal bebas dari penyalahgunaan bahan terlarang,” katanya. 

Tambannya, amat penting sekali pemberian maklumat mengenai kesedaran Anti-Doping kepada golongan sasar supaya mereka terutama para atlet tidak terjerat kepada musibah yang boleh memberi impak besar terhadap kerjaya mereka sebagai ahli sukan.

Baca lain  Lindungi diri ketika bekerja

“Sebagaimana diketahui, temasya Sukma 2022 yang lepas menyaksikan atlet Sarawak bebas dari penggunaan bahan terlarang dan kita mahu mengekalkannya. 

“Lantas, ini menjadi penanda aras terbaik untuk memastikan Kontinjen Sarawak muncul juara keseluruhan,”ujar beliau ketika berucap pada majlis penutupan program berkenaan di Bilik Seminar, Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya sebentar tadi.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU