ARTIKEL

Abdul Karim (kanan) bercakap pada sidang media SLTA di Bangunan Baitulmakmur II di sini bersama Patrick Liew (kiri).

SUKMA 2024: Tenis Sarawak mampu rangkul emas, perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad tenis Sarawak diharap mampu menyumbang pingat emas mahupun perak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata ia melihat kepada rekod semasa pemain sebelum ini sambil mendedahkan terdapat tiga pemain yang dilihat antara calon berpotensi mampu merangkul sasaran pingat terbabit.

“Berdasarkan rekod sebelumnya, kita masih dapat mengekalkan prestasi di landasan yang diharapkan.

“Untuk peringkat ini, kita masih dapat menyasarkan emas atau perak namun sekali lagi kena melihat peluang ke atas pesaing dari negeri lain.

“Kita mempunyai pemain yang sedang berlatih di luar negara, yang mana tiga daripada mereka akan pulang ke Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Tiga pemain terbabit ialah Tan Lin En, Cornelius Sia dan Lydia Liong.

Menurut Karim, ketiga-tiga pemain itu merupakan atlet senior yang akan mewakili SUKMA Sarawak berikutan umur mereka kini sudah berusia 20 hingga 21 tahun.

Sementara itu, beliau memuji langkah Persatuan Lawn Tenis Sarawak (SLTA) menyiarkan secara langsung perlawanan yang dilihat mampu meningkatkan ekopelancongan di Sarawak.

Menurutnya, usaha itu boleh membuka mata pihak luar untuk bertandang ke negeri ini di samping membantu mereka mengenali dengan lebih dekat keistimewaan yang terdapat pada Sarawak.

“Sebenarnya dunia kini semakin moden dan berteknologi tinggi seperti yang kita boleh lihat terjadi dengan festival muzik semula jadi.

“Usaha ini baik untuk diguna pakai pada kejohanan sukan, termasuk bot naga, di mana ia menunjukkan apa yang berlaku di negeri kita kepada dunia,” katanya.

Terdahulu, majlis turut dihadiri Presiden SLTA, Datuk Patrick Liew.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)