ARTIKEL

REBUT...Antara sebahagian aksi perlawanan sebentar tadi. |Foto UKAS

SUKMA 2026: Saingan Bola Keranjang 3X3 Berakhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELANGOR: Perjuangan Sarawak dalam acara bola keranjang 3X3 berakhir selepas skuad lelaki kandas pada peringkat suku akhir.

Sarawak tewas (21-11) di tangan musuh tradisi yang juga tuan rumah, Selangor pada perlawanan yang berlangsung di Dewan Bola Keranjang Bukit Tinggi 2 sebentar tadi.

Kem Sarawak membariskan pemain seperti Leon Ling Sheng Yi, Nelson Tan Yin Fung, Hii Tai Seng dan Denny Pek Sheng Yi gagal mengekang corak permainan agresif Selangor.

Meskipun berjaya memberikan tentangan sengit pada awal perlawanan, namun beberapa gerakan kurang kemas pemain Sarawak gagal menghasilkan jaringan.

Sebaliknya Selangor yang menurunkan pemain seperti Yap Zen Haw, Yap Jin Xi, Tan Yu Xiang dan Chang Yuan Biao berjaya menampilkan permainan yang lebih teratur dan berjaya memperoleh jaringan mudah.

Pasukan Sarawak juga sering dihukum atas kesalahan dilakukan yang menyaksikan peluang tersebut dimanfaatkan sepenuhnya oleh Selangor.

Terdahulu, skuad wanita Sarawak tersingkir awal semalam selepas tewas tiga kali berturut-turut.

Peluang Sarawak untuk menebus kekecewaan kini menerusi acara bola keranjang 5X5 yang dijadual bermula esok (Jumaat).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU