ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

SUKMA: 24 kemudahan bakal dinaik taraf, tiga dalam pembinaan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 24 kemudahan sukan dikenal pasti untuk dinaik taraf dan tiga kemudahan baharu sedang dalam pembinaan menjelang penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keseluruhan kerja-kerja naik taraf dan pembinaan yang menelan belanja sekitar RM200 juta itu dijangka siap menjelang Julai tahun ini.

Beliau berkata tiga kemudahan baharu itu ialah Padang Ragbi dan Kriket, Pusat Latihan dan Pertandingan Wushu dan Perkampungan Sukan Sarawak di Petra Jaya.

“Sebagai persediaan untuk SUKMA, kementerian dan agensinya Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) telah bekerjasama dalam memastikan penyediaan venue mengikut spesifikasi standard sukan,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini semalam.

Sementara itu, pada sidang media kemudian, Abdul Karim berkata Sarawak masih berbincang dengan kerajaan Persekutuan mengenai jumlah pembiayaan yang akan diperuntukkan untuk SUKMA.

“Kami memohon sekurang-kurangnya RM100 juta daripada kerajaan Persekutuan,” katanya.

SUKMA 2024 bakal diadakan di Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos melibatkan sembilan bahagian iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Temasya kali ini bakal menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingan membabitkan 488 acara terdiri 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita selain menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai. 

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali iaitu pada 1990 dan 2016. — BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU