ARTIKEL

Facebook YB Karim Hamzah

SUKMA: Acara futsal wanita, 10 meter platform wanita digugurkan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Acara futsal wanita dan terjun 10 meter (m) platform wanita digugurkan daripada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang akan berlangsung di Bumi Kenyalang, Ogos ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kedua-dua acara tersebut terpaksa digugurkan kerana kurang jumlah penyertaan.

Beliau berkata mengikut peraturan sedia ada, sesuatu acara sukan memerlukan sekurang-kurangnya enam negeri yang bertanding untuk diteruskan.

“Saya sedih juga kerana itu (10 m platform wanita) adalah salah satu daripada acara yang boleh memberi emas kepada Sarawak tetapi kini kita dimaklumkan hanya empat negeri sahaja yang mahu bertanding.

“Acara futsal wanita juga hanya empat negeri yang mahu menghantar wakil, kadang-kadang sukan yang melibatkan ramai pemain dan negeri tertentu tidak yakin capai podium finish mereka tidak akan hantar wakil kerana melibatkan kos,” katanya

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU