NGENJEN DI SEMANDIN animasi bahasa Sarawak pertama di Malaysia

Trending

Sukma Johor: Tiada perubahan format umur

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
DR ONG KONG SWEE...Ketua Pegawai Eksekutif.

KUCHING: Meskipun temasya berprestij negara, Sukan Malaysia (Sukma) beberapa kali ditunda berikutan pandemik Covid-19, situasi luar jangkaan berlaku itu tidak menyebabkan perubahan format umur atlet.

Sebaliknya, masih kekal penggunaan kudrat atlet bawah 23 tahun mengikut ditetapkan sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), Dr Ong Kong Swee memberitahu, setakat ini tiada sebarang perkeliling diterima daripada badan induk, Majlis Sukan Negara (MSN) mahupun Jawatankuasa Penganjur Sukma Johor berhubung perkara itu.

“Setakat ini format umur atlet bawah 23 tahun masih lagi kekal dan tiada sebarang perubahan terhadapnya,” ujar Dr Ong kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil memberitahu, penggunaan format umur berkenaan berpandu kepada pendaftaran awal atlet yang dibuat sebelum ini.

Lain pula halnya jika ada negeri yang ingin melakukan pendaftaran baharu, atlet terbabit hendaklah berumur bawah 21 tahun.

“Itu antara yang ditetapkan oleh pihak MSN pada bulan Mac lalu terhadap perkara berkenaan,” tambah Dr Ong lagi.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

10 JUN 2023

Berita Terbaru