HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

SUKMA: Petinju Helmi sekadar perak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TETAP BANGGA...Mohd. Helmi Chieng (kiri) merakam gambar bersama Penolong Ketua Kontinjen Sukma Sarawak, Datuk Hamzah Brahim (kanan).

KUALA LUMPUR: Hasrat kem tinju Sarawak untuk memperoleh pingat emas pertama pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX MSN Kuala Lumpur 2022 masih belum kesampaian.

Wakil pertama Mohd. Helmi Chieng Firdaus Chieng tewas dengan kiraan mata (5-0) kepada petinju Terengganu, Halim Izani dalam kategori 67 kg pada aksi final yang berlangsung di Kompleks Futsal Malaysia, Presint 18, Putrajaya sebentar tadi.

Aksi seimbang dipamerkan kedua-dua petinju tersebut di sepanjang tiga pusingan.

TETAP BANGGA…Mohd. Helmi Chieng (kiri) merakam gambar bersama Penolong Ketua Kontinjen Sukma Sarawak, Datuk Hamzah Brahim (kanan).

Namun, kemenangan memihak kepada petinju Terengganu (Halim Izani).

Esok tiga lagi petinju Sarawak yang akan turun ke pentas akhir.

Jaguh yang semakin digeruni ramai, Daeloniel McDelon Bong atau ‘Kilat Boy’ kategori Feather Weight (54-57 kg).

Di samping dua lagi petinju iaitu Mohammad Rafieq Murshidi kategori Light Welter (60-63.5 kg) dan Jackson Chambai kategori Fly Weight (48-51 kg).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru