ARTIKEL

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah bercakap ketika sesi temubual khas bersama Bernama di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) baru-baru ini.

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos ini.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis Sarawak mampu mencapai sasaran itu berdasarkan maklum balas yang diterima semasa sesi taklimat bersama Penolong Ketua Kontinjen (ACDM). 

“Ini berdasarkan maklum balas yang diterima hasil daripada mesyuarat mengenai prestasi kontinjen…satu persatu untuk setiap jenis sukan bersama dengan semua ACDM dan jurulatih.

“Saya rasa kita (Sarawak) boleh capai sasaran itu, kalau boleh dapat 70 emas kemungkinan boleh dapat juara keseluruhan,” katanya kepada Bernama.

Beliau yang juga Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak berkata demikian pada sesi sesi temu bual khas bersama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.

Delegasi Bernama diketuai oleh Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj, Timbalan Editor Eksekutif Elmi Rizal Elias dan Ketua Biro Bernama Sarawak Hamdan Ismail.

Sebelum ini Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Darawak Datuk Gerald Rentap Jabu yang juga Ketua Kontinjen dilaporkan berkata Sarawak bukan sahaja menjadi tuan rumah, malah turut mencatat sejarah tersendiri dengan melantik seramai 40 ACDMs, 76 pengurus dan 138 jurulatih.

Sarawak pernah muncul juara SUKMA pada edisi 1990, 1992 dan 1994.

SUKMA 2024 akan melibatkan sembilan bahagian iaitu di Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri.

Temasya kali ini menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan membabitkan 488 acara terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 acara wanita dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai.

SUKMA yang diperkenalkan pada 1986 telah dianjurkan di Sarawak sebanyak dua kali sebelum ini iaitu pada 1990 dan 2016. – BERNAMA

BERITA LAIN

Nanta kesal akaun TikTok palsu guna namanya

KUCHING: Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab apabila terdapat akaun TikTok palsu yang menyamar menggunakan nama Alexander Nanta

BERITA TERBARU