KUALA LUMPUR: Prestasi cemerlang dipamer skuad menembak apabila berjaya meraih tiga pingat iaitu satu emas dan dua perak dari Lapang Sasar Menembak, Subang hari ini.
Pingat emas disumbang oleh gandingan Siti Nur Aisyah Mazlan, Daphanie Adrienne Steven dan Selina Sim Shu Ming bagi kategori 50 meter rifle berpasukan prone.
Manakala, dua pingat perak masing-masing disumbangkan oleh Mohd. Haziq Fadhli mnerusi kategori 10 meter air rifle individu lelaki dan Siti Nur Aishah Mazlan bagi kategori 50 meter rifle prone individu wanita.