ARTIKEL

BERSEMANGAT....Pemain yang terlibat menyertai latihan tersebut. 

SUKMA XXI 2024: 30 pemain wanita dikenal pasti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seramai 30 orang pemain terbaik terpilih pada sesi pemilihan akhir pemain untuk membentuk skuad bola sepak wanita bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024.

Ketua jurulatih, Suffian Ibrahim menegaskan, pemain terbaik berkenaan dikenal pasti sepanjang lima hari sesi pemilihan terakhir berlangsung iaitu pada 16 hingga 20 Disember.

“Sesi pemilihan terakhir tamat semalam, 30 orang pemain terbaik telah dikenal pasti,” ujar Suffian kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Suffian, himpunan pemain itu dari Kuching, Kota Samarahan, Serian, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang selain Bau dan Lundu.

“Mereka yang terpilih ini akan menyertai kem latihan pusat yang akan bermula bulan Januari tahun depan di Kuching,” tambah Suffian.

Katanya, dari jumlah ini kita akan memuktamadkan kepada 23 orang untuk senarai akhir yang akan menggalas cabaran Sarawak di temasya dwitahunan negara itu kelak.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU